OBJEKTIF SEKOLAH
- Berusaha meningkatkan dan mewujudkan sistem pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan berkesan untuk menghasilkan insan yang soleh selaras dengan pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan.
- Berusaha meningkatkan mutu pencapaian dan penglibatan murid di dalam semua bidang aktiviti yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah sama ada dalam bidang akademik mahupun bukan akademik.
- Berusaha untuk mewujudkan keadaan persekitaran kawasan sekolah yang ceria, bersih, selamat dan kondusif untuk murid dan untuk guru.
- Mewujudkan masyarakat yang berbudaya kerja serta budaya fikir yang tinggi.
- Mewujudkan semangat cinta dan sayangkan sekolah berdasarkan cogankata ‘Sekolahku Syurgaku’.
- Memupuk semangat kekitaan dan setiakawan di kalangan guru, kakitangan sekolah, murid-murid, ibu bapa dan masyarakat setempat.